Bayar Dah Cantik, Tapi Hutang Tetap Tak Berkurang

gambar sekadar hiasan

Alor Gajah: Pesara tentera bingung selepas wang pencen bulanan yang diterima merekodkan pemotongan pinjaman sejak Julai lalu sedangkan bayaran itu sudah berlaku sejak awal pinjaman dibuat.

Loading...

Baba Omar, 48, berkata, dia menyedari potongan berjumlah RM355.03 itu di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menjadikan keseluruhan pemotongan pencen berjumlah RM905.17 setiap bulan.

Katanya, dia membuat pinjaman pertama bagi pembelian rumah dengan potongan gaji RM194.84 sebelum membuat pinjaman kedua di bawah pinjaman perumahan kerajaan pada 2010 dengan pemotongan RM355.03.

“Permohonan pinjaman diluluskan pada pertengahan 2010 dan ia (pemotongan) mula dibuat pada September tahun sama bagi pinjaman kedua yang saya gunakan untuk mengubahsuai rumah,” katanya ditemui di Kelemak.

Dia yang sebelum ini berkhidmat di Kem Terendak Sungai Udang bagaimanapun terkejut apabila mendapati wang pencen bulanan yang diterima berkurangan lagi RM355.03 selepas kedua-dua pemotongan dibuat, sebelum merujuk kepada pihak bank untuk pemeriksaan.

“Pemotongan jumlah itu dilihat bermula pada Julai tahun lalu, sebelum saya ke bank yang kemudiannya meminta saya merujuk kepada JHEV di Melaka namun tiada jawapan diterima dan mereka minta saya ke JHEV di Kuala Lumpur,” katanya.

Baba berkata, selepas mengemukakan dokumen berkaitan, JHEV ATM memaklumkan akan memberitahu perkembangan selepas merujuk kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) namun tiada perkembangan diterima hingga kini.

“Saya berharap masalah ini ada penyelesaian kerana saya tidak berhutang dengan JHEV untuk pinjaman mengubah suai rumah ini,” katanya yang menamatkan perkhidmatan dalam ATM pada 2014 tanpa sebarang masalah.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...