Kereta 3 Tayar & Bas Mewah Dah Sampai

gambar sekadar hiasan

Serdang: Kereta beroda tiga Morgan dari Britain dan bas antara koleksi kenderaan peribadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang telah tiba, semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, untuk program Malaysia Bike Week (MBW) 2018.

Loading...

Ketua Pegawai Operasi MAEPS, Norafizah Rahman berkata, untuk fasa berikutnya mereka akan membawa trak Mack dan Harley- Davidson untuk dipamerkan kepada pengunjung yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mac ini.

“Setakat ini, persiapan berjalan lancar dan kami di MAEPS amat berbesar hati apabila Sultan Johor memilih mengadakan pameran MBW itu di sini. Seramai 500 anggota polis akan bertugas sepanjang tiga hari program itu diadakan. Kami turut menyediakan ambulans dan pasukan paramedik sebagai persediaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

BAS mewah milik Sultan Ibrahim.

“Kami menjangkakan lebih 150,000 pengunjung dari seluruh negara akan ‘menyerbu’ MBW kerana ia bukan sekadar pameran kenderaan biasa malah turut menyediakan hadiah lumayan bernilai RM500,000 serta aktiviti menarik sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.

Media Prima Berhad selaku antara rakan media rasmi acara MBW akan turut menganjurkan konsert membabitkan barisan artis popular sempena acara itu.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...