Kesemua Anaknya Sudah Berjaya

gambar sekadar hiasan

Baling: Berkat sumbangannya melindungi kedaulatan dan keselamatan negara, Mahmood Man, 92, kini mampu tersenyum bangga apabila melihat kemajuan yang dikecapi rakyat pelbagai kaum.

Loading...

Malah, bapa kepada tujuh anak hasil perkongsian hidup dengan Bedah Che Ik, 86, itu juga bersyukur kerana mampu membesarkan zuriatnya hingga berjaya menjadi jurutera, pelukis pelan dan guru.

Siapa sangka, bermula dengan pencen RM49.50 sebulan dia mampu menyara keluarga hingga tujuh anak, dua lelaki dan lima perempuan berjaya dalam hidup.

Biarpun dimamah usia, Mahmood, pesara paling tua dalam kalangan bekas Komando 69 (VAT 69) mampu berjalan walaupun bertongkat dan menguruskan diri sendiri meskipun menghadapi masalah kurang pendengaran.

“Kalau dulu serba serbi susah, namun sebagai anggota polis yang diamanahkan tetap menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh, saya tidak pernah rasa gentar kerana ia satu ibadat dan pekerjaan yang mulia demi mempertahan negara, agama dan bangsa,” katanya ketika menerima lawatan dari Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Kedah di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Batu 48, Bongor.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...