Lelaki macho berani ini kongsi dugaan dan pengalaman isteri bersalin

Lelaki macho berani ini kongsi dugaan dan pengalaman isteri bersalin |

Loading...

Bertahun kita lalui detik2 bersama, bermacam macam masalah dan rintangan kita hadapi bersama2.

Genap slepas 6 tahun couple. Jodoh kita masih kuat, 20.6.2016 tarikh kita nikah. Masa tu baru kita boleh jalan jauh sikit kan sayang sbb kita dah halal. Boleh pergi luar dari dungun dah masa tu, boleh tidur kat lain dah masa tu.

Cukup tarikh 1.2.2017 selepas 8 bulan kita nikah doktor cakap awak dah mengandung. Betapa gembiranya kita masa tu. Scan tengok baby masih seketul darah. Setiap minggu pergi scan kan sebab tak sabar sabar nak tengok baby.

Muka awak mula sembab dan berat badan awak naik mendadak dari 58kg ke 78kg. Perubahan yang sangat ketara, tetapi saya tetap sayangkan awak, awak sanggup tinggalkan bentuk badan asal awak demi anak kita.

Genap 10 haribulan 9 2017 kita sama2 check baby dan doktor cakap awak terpaksa beranak paksa sebab pergerakan baby slow sangat masa tu. Tak cukup 10 kali dalam masa sehari. Tapi masa tu awak berkeras cakap kat doktor yang baby memang takde apa2 masalah. Awak mintak balik dan nak tunggu tarikh due date baby. Biar keluar secara normal.

Genap tarikh baby sepatutnya keluar, masa tu awak masih tidak rasa perut mengeras atau tanda tanda baby nak keluar lagi. Selepas seminggu tarikh doktor bagi untuk menunggu baby masih tidak keluar dan kita terpaksa serah diri ke hospital HSNZ KUALA TERENGGANU.

Hari pertama dihospital doktor telah masukkan ubat induce pertama, selepas tu bukaan masih 1cm dan saya buat keputusan kepada doktor mintak untuk czer sahaja. Lepas tu doktor tidak bagi czer dan masukkan ubat kedua dengan ketiga. Sakit contraction awak dah tinggi tapi bukaan tetap masih 1cm. Saya tetap dengan keputusan pergi dekat doktor cakap nak czer sebab bukaan langsung tak bergerak, masa tu awak dah sakit sangat. Doktor masukkan ubat ke 4 dan selepas 3 jam pada tu bukaan masih lagi 1cm.

Contraction awak kuat sangat sampai awak terbaring atas lantai menahan kesakitan. Pukul 12 malam doktor bagi keputusan untuk awak berpuasa sebab terpaksa di czer pada pukul 9 pagi. Tepat pukul 9 pagi masih menahan kesakitan yang teramat sangat doktor datang dan cakap tahan puasa sampai pukul 2 petang.

Masa tu awak dah pucat tak boleh bercakap, walaupun hospital kerajaan tak boleh menunggu lama masa tu saya tetap tunggu walaupun dihalau berkali2 oleh guard, saya suami dan dia mengandungkan anak saya, takkan saya sanggup tinggalkan dia menahan kesakitan seorang diri sambil menunggu di kedai kopi? Tak, saya tetap tunggu saya tak kisah kalau apa pun terjadi.

Dah pukul 2 masih takde makluman dari bilik bedah, sampai pukul 5 petang masih menunggu. Doktor check bukaan masih lagi 1cm dan bilik bedah masih belum panggil.

Cukup pukul 7 malam saya dah tak tahan tengok situasi awak macam nyawa dah separuh badan langsung tak boleh bercakap saya mula mengamuk dekat kaunter dalam wad, kenapa boleh jadi macam ni, suruh puasa pukul 12 malam janji nak bedah pukul 9 pagi tapi ni dah pukul 8 malam masih tak boleh masuk bilik bedah.

Akhirnya ada doktor turun cakap banyak kes emergency dia kena buat dulu dan yang isteri saya induce 4 ubat bukaan 1cm puasa sehari dan tahan contraction dekat 30 jam tu masih tak boleh buat lagi. Betapa hancurnya lagi hati saya melihat isteri terlantar di atas lantai menahan kesakitan merayu meminta ubat tahan sakit.

Doktor cakap kalau nak bedah kena sambung puasa sehari lagi sebab doktor pakar semua dah nak balik sebab doktor pakar kerja sampai petang sahaja. Masa tu saya rasa macam nak gila. Sekarang isteri dah nyawa ikan, macam mana nak tunggu esok? Macam menunggu mati.

Capai phone terus call hospital SALAM SPECIALIST operator cakap cost pembedahan mungkin dalam 14 ribu. Masa tu duit tidak penting lagi berbanding nyawa anak dan isteri.

Call pukul 8 submit pukul keluar pukul 9. Masa tu satu lagi perkara yang tak boleh saya lupa, nak keluar dari hospital pun ambik masa setengah jam sebab saya terpaksa papah isteri saya, beberapa kali rebah terlantar sebab perut terlalu keras. Jalan 300 meter macam 3kilometer rasa masa tu.

Pukul 10 sampai dekat SALAM. Semua doktor dan petugas laju sambut kedatangan saya. Tak smpai 15 minit submit terus masuk bilik bedah. Masa tu awak dah tak sedarkan diri sebab terlalu sakit. Pukul 11 malam awak selamat lahirkan anak kita MUHAMMAD AISY FIRASH seberat 3.6kg.

Tidak cukup dengan ujian tu. Aisy keluar dalam keadaan tidak menangis langsung. Doktor pakar kanak2 cakap aisy dah tertelan najis dan paru paru sudah kecut sebelah. Dan bernafas dalam kotak oxigen.

Masa tu saya rasa macam dah takde ape2. Seorang diri handle semua benda. Doktor cakap kalau terlambat mungkin aisy tak dapat diselamatkan.

Cuba fikir balik macam mana kalau tunggu je dekat HSNZ untuk beranak esok?.

Keluarga semua tidak sampai lagi. Kalau orang lain boleh azankan anak sambil pegang. Tapi saya terpaksa azankan aisy dalam kotak oxigen hanya buka pintu dekat telinga dia sahaja.

Doktor bergegas bawak aisy ke hospital HSNZ balik untuk buat rawatan. Pagi pukul 8 masa tu saya tengah jaga awak berpantang hari pertama di hospital SALAM.

Doktor dari HSNZ call suruh datang cepat sebab anak kritikal sangat kena tandatangan surat jika berlaku apa2. Masa tu saya dah lesu, tidak dapat berfikir apa apa lagi. Terus pergi ke hospital dan tandatangan. Tengok aisy ditebuk.

Alhamdulillah selepas 12 hari aisy berada di hospital bawah jagaan HSNZ. Aisy kembali pulih dan boleh keluar.

Dan sekarang hari ni 4.3.2018 aisy genap 5 bulan. Setelah menjalani dugaan yang besar, aisy kini tidak pernah sakit dan membesar dalam keadaan yang sangat2 happy.

Sumber: Asyraf Hairstyle Production

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...