Mungkin show terakhir saya: Haqiem Rusli

PENYANYI Haqiem Rusli memberi bayangan akan bersara dari bidang muzik.

Loading...

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21, bagaimanapun memberitahu keputusan tersebut belum muktamad.

Haqiem hanya akan membuat keputusan berhubung perkara itu pada Julai ini.

“Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini, dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.

“Saya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK,pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya.

“Banyak perkara yang berlaku apabila saya di dalam industri muzik, mereka yang bercakap senang, tapi saya yang rasa sakit dan perit.

“Buat masa sekarang saya mahu berehat dari SOCIAL MEDIA,dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH, mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi, mungkin.

“Tapi apa-apa boleh berlaku. Kepada qiemilio jangan marah saya, sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini, bukan depress je,macam2 lagi.

“Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. Tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY.

Keputusan akan diberitahu,” tulisnya panjang lebar.

Giliran As’ad Motawh pula mahu berhenti menyanyi

SELEPAS penyanyi Haqiem Rusli memberikan bayangan mahu berhenti dari bidang nyanyian baru-baru ini. Kini giliran penyanyi As’ad Motawh pula membuat kenyataan mahu berhenti.

Kata As’ad Motawh atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh, 17, dia akan turut berhenti menyanyi seandainya, apa yang ditulis Haqiem menerusi Instagram itu benar.

“If @HaqiemRusli stops singing i will stop singing as well,” Tweet As’ad.

Biarpun kenyataan berani As’ad itu dipuji netizen kerana menyifatkan tindakannya sebagai sokongan moral kepada Haqiem yang juga sahabatnya, bagaimanapun pada masa sama penyanyi popular menerusi lagu Senyum ini dikecam peminatnya.

“Ni lgi seorang nak kasi hati asadnizers hancur kecai kecai,” kata salah seorang pengguna Twitter.

“#sahabatduniaakhirat really admire korang nye friendship,” Tweet salah seorang pengguna lagi.

“Thank you sebab ade jatuh bangun Haqiem hope you stay,” coret peminat.

sumber :sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...