Najib Razak Dedah Kenapa Rosmah Mansor Banyak Beg Tangan Mewah

Sebelum ini negara digemparkan dengan kes rampasan beg tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai jutaan ringgit di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beg tangan tersebut dipercayai milik Datin Seri Rosmah Mansor.

Loading...

Walaubagaimanapun, Najib Razak mendakwa penyitaan beg tangan dan barangan mewah itu telah menimbulkan persepsi negatif terhadap dirinya dan keluarga. Dakwa beliau, kebanyakan beg tersebut merupakan hadiah pemberian anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

loading...

Orang mungkin sukar memahami

Bekas perdana menteri itu berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev memberi banyak hadiah kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Bagaimanapun, penyiasat 1MDB percaya Najib dan Rosmah mengumpul banyak kekayaan menggunakan dana kerajaan.

Hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barangan dirampas polis dalam serbuan tersebut. Barang itu termasuk beg tangan Birkin daripada pembuat barang mewah Hermes, masing-masing bernilai sehingga ratusan ribu dolar.

RM114 juta dana kepunyaan UMNO

Tambah bekas Perdana Menteri ini, wang berjumlah RM114 juta yang ditemui di rumah keluarganya di Kuala Lumpur adalah dana kepunyaan UMNO ketika Datuk Seri Najib masih sebagai presiden sebelum meletak jawatan tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mengenai berlian merah jambu pula, pendakwa Amerika Syarikat mendakwa lebih daripada AS$4.5 billion dana 1MDB dibersihkan melalui urus niaga kompleks. Manakala Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan beberapa tindakan undang-undang untuk menuntut kira-kira AS$1.7 billion aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Beberapa aset dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat produksi Hollywood dan kapal layar bernilai AS$265 juta serta barang kemas bernilai lebih daripada AS$200 juta termasuk loket berlian merah jambu 22 karat itu.

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib berkata, segala set barang kemas bertujuan untuk menjadi hadiah kepada isterinya tetapi dia tidak pernah menerima hadiah tersebut.

Sumber:oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...