Sah Raimi Sedang KOMA

gambar sekadar hiasan

“HANYA doa dipohon kepada Allah dan iringan air mata selepas doktor mengesahkan suami koma,” kata isteri legenda bola sepak negara era 80-an, Mohd Raimi Mohammed Jamil, Rinawati Halan.

Loading...

Selain itu Rinawati berkata, suaminya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi positif, sebaliknya semakin lemah manakala paras oksigennya semakin berkurangan.

“Saya cuba pegang dan gerakkan tangan suami tapi tidak ada tindak balas positif, malah paras oksigennya semakin berkurangan sekitar 50 peratus dan lebih menyedihkan susu yang diminum melalui tiub keluar kembali.

“Walaupun suami kelihatan semakin lemah dan kurus, saya sentiasa berdoa supaya suami kembali sedar dan pulih seperti biasa untuk membantu keluarga apatah lagi anak kami masih kecil selain tidak bekerja,” kata Rinawati.

Semalam Sukan NSTP melaporkan bekas penjaga gol terbaik negara dan Terengganu itu semakin lemah dan kritikal kerana masih belum sedarkan diri sepenuhnya selepas tujuh hari menjalani pembedahan pintasan jantung.

Raimi yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak lapan hari lalu juga kemungkinan besar diserang strok, tetapi belum dapat disahkan lagi oleh pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Januari lalu, bekas 10 penjaga gol terbaik Asia itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini selepas tidak sedarkan diri sebelum dirujuk ke IJN.

Hari ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka menziarahi Raimi.

“Saya ucap terima kasih atas keprihatinan Datuk Seri Ahmad Razif atas kesudian mahu melawat suami saya,” kata Rinawati.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...