Selepas Haqiem Rusli, Hanez Suraya & Shiha Zikir dedah pernah alami kemurungan

Minggu ini industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli yang memberi bayangan mahu berundur daripada bidang nyanyian.

Loading...

Selepas penyanyi lagu Tergantung Sepi itu membuat kenyataan mengalami tekanan perasaan, beberapa artis lain juga tampil membuat pendedahan yang sama sepanjang mereka bergelar anak seni.

loading...

Menurut laporan BH Online, pelakon Hanez Suraya berkata dirinya pernah mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu selepas melahirkan cahaya mata sulung, Puteri Aleesya.

Namun ketika berada dalam situasi tersebut, sokongan moral daripada orang sekeliling amat diperlukan bagi membolehkan dirinya terus kuat menepuh kehidupan.

Pelbagai simptom yang dihadapi olehnya seperti susut berat badan, kesejukan, ketakutan, ketar kaki, panik dan kebimbangan sehingga mendapat rawatan pakar perubatan.

Tambah pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman itu, orang ramai tidak boleh memandang remeh perkara berkenaan, apatah lagi dengan kecaman dan kritikan kerana ianya sesuatu perkara yang sukar untuk difahami.

Bagi penyanyi Shiha Zikir pula, dia berkongsi kisah kerja kerasnya bagi mencari peluang untuk mencipta nama dalam industri hiburan, walaupun menghadapi pelbagai cabaran menyakitkan.

Hampir berputus asa ketika pertengahan jalan, tetapi semangat mahu terus berjuang memberinya kekuatan untuk mengharungi setiap cabaran.

Tambah penyanyi lagu Jagakan dia itu, pada masa kini terlalu mudah bagi seseorang untuk menjadi artis dan mungkin disebabkan itulah mereka mudah berputus asa.

Memang banyak cabaran bagi seseorang yang bergelar anak seni apabila berada dalam industri hiburan. Kalau hati tak kental & hanya kejar populariti semata-mata, memang terus hanyut dan lemas begitu sahaja!

Sumber :oh my media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...